“Isteri pentingkan diri sendiri, suami kebulur nasi pun tak masak. Sabarlah insha-Allah nanti Allah gantikan isteri dengan yang lebih baik,” tulis lelaki itu di Facebooknya baru-baru ini.

Pasangan itu dipercayai dalam proses penceraian kerana polis menemui surat fasakh di dalam rumah mereka.

Sebelum kejadian, pasangan tersebut dipercayai bertengkar sehingga didengari oleh jiran-jiran di rumah mereka di Taman Sri Saujana.

Dalam pada itu, seorang jiran yang enggan dikenali membe­ritahu, dia terdengar pasangan itu bertengkar pada malam Ahad lalu.

“Sehari sebelumnya, saya nampak dia (mangsa) keluar be­kerja separuh hari. Pada malam­nya mereka bergaduh.

“Esok pagi (Ahad) saya mendapat tahu dia hilang tidak balik ke rumah. Ada jiran membuat laporan kepada polis ke­rana curiga dengan tindakan suaminya,” katanya ketika ditemui di Taman Sri Saujana semalam.

Selain itu, difahamkan, ada jiran yang ternampak bapa dua anak tersebut membawa keluar sebiji tong berwarna biru pada pukul 4.30 pagi hari yang sama mangsa dilaporkan hilang.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya menerima laporan mangsa keluar rumah pada pukul 2 pagi, 1 Mac lalu selepas berlaku perselisihan faham dengan suaminya.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan dua lelaki iaitu suami mangsa serta rakan lelaki itu masing-masing berusia 32 dan 43 tahun bagi membantu siasatan.

“Suspek mengaku membunuh isterinya semasa wanita itu tidur dengan menggunakan senapang angin. Lelaki itu kemudian memasukkan mayat mangsa bersama kain cadar ke dalam tong air berwarna biru,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Ayob Khan, mayat ibu dua anak itu kemudian dibawa ke kawasan ladang kelapa sawit di Bandar Penawar, Kota Tinggi untuk ditanam bagi melupuskan bukti.
Jarak rumah pasangan dan ladang tersebut adalah kira-kira 30 kilometer.

Jelas beliau, suspek kemudian menunjukkan kepada polis lokasi mayat mangsa ditanam pada pukul 10.30 pagi kelmarin.

“Motif pembunuhan dipercayai kerana cemburu,” katanya.

Polis merampas selaras senapang angin, senapang patah, 54 butir peluru penabur, kenderaan jenis Mitsubishi Pajero dan sebuah jengkaut.

Siasatan awal mendapati lelaki itu tidak memiliki permit dan lesen menggunakan senjata api.

Kedua-dua lelaki itu direman enam hari bermula semalam untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.

Kosmo! semalam melaporkan, seorang wanita yang dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu rupa-rupanya mati dipercayai dibunuh suaminya sendiri.

Kejadian yang menimpa mang­sa terbongkar selepas polis menahan suaminya sehari selepas kehilangan kerani sumber manusia di sebuah kilang di Ulu Tiram itu dilaporkan.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.