Dua keping wanita dipercayai warga asing memakai pakaian tertera tulisan jawi menyerupai kalimah Allah dan dilihat membeli-belah di gedung serbaneka Eco Shop, Selayang di sini tular di media sosial sejak semalam.

Saksi kejadian Wan Amirah Wan Zaki, 28, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, suaminya menegur wanita berkenaan dengan mengatakan pakaian tersebut tidak boleh digunakan kerana dikhuatiri menganggu sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dia pada mulanya tidak mengendahkan teguran suami mungkin kerana kurang faham tetapi setelah dinasihati kali kedua, wanita itu kelihatan terkejut seolah-olah dia tidak sedar perkara itu merupakan satu kesalahan.

“Wanita itu beritahu dia beli baju tersebut di pasar malam di Kepong Baru serta turut meminta maaf dan berjanji untuk membakarnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Wan Amirah, wanita terbabit mungkin warga Vietnam atau Myanmar berdasarkan gaya percakapannya.

Tambahnya, bagaimanapun mereka tidak membuat sebarang laporan kepada pihak berkuasa kerana perkara itu berlaku agak pantas.

“Selepas suami tegur, saya lihat ramai juga yang turut meluahkan rasa tidak puas hati kepada wanitu itu membuatkan dia pantas melarikan diri dan kelihatan masuk ke dalam sebuah kereta yang sedang menunggu di luar kedai,” katanya. – K! ONLINE

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.