KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan bahawa adalah lebih baik sekiranya parti DAP meminta maaf kepada UMNO.

Menurutnya, ini adalah kerana kedua-dua parti tersebut sedang bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

“Tidak ada masalah. Cadangan yang baik. Kalau DAP berbesar hati meminta maaf kepada rakyat Sarawak, jadi tiada isu.

“Kalau boleh (minta maaf) Alhamdulillah, lagi bagus kerana kita akan bekerjasama dalam satu kerajaan.

“Kita mesti berbesar hati untuk lakukan apa yang baik untuk masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Khas di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Khamis.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menuntut permohonan maaf daripada DAP dan menarik balik segala tohmahan yang dilemparkan terhadap parti itu.

Muhamad Akmal berkata, tindakan itu berupaya melembutkan hati ahli-ahli UMNO yang masih meragui kejujuran DAP untuk bersahabat.

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, desakan permohonan maaf oleh DAP terhadap UMNO tidak sepatutnya menjadi isu yang dibangkitkan semula.

Beliau menegaskan, perkara itu katanya telah dibincangkan beberapa kali ketika fasa rundingan dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.

  • Sinar Harian

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *