Komponen BN, MIC sedang mempertimbangkan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15), kata sumber parti.

Beberapa sumber parti memberitahu Malaysiakini bahawa pucuk pimpinan MIC telah memanggil mesyuarat tergempar Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) yang akan diadakan pagi esok untuk membincangkan kemungkinan menarik diri daripada PRU15 kali ini.

“Saya tidak pasti apa yang sedang berlaku. Tapi, kami diminta menghadiri ke mesyuarat tergempar esok.

“Kami difahami, pengagihan kerusi tak berjalan beberapa lancar. Jadi, parti sedang mempertimbangkan sama ada nak tanding atau tarik diri.

“Apa pun, semuanya akan dibincang esok,” kata sumber yang dekat kepimpinan MIC.

Malaysiakini telah menghubungi pucuk pimpinan parti untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai hal ini.

Mesyuarat tergempar akan diadakan pada jam 10 pagi esok di ibu pejabat parti Kuala Lumpur.

Sebelum ini, MIC dijangka bertanding 10 kerusi parlimen dan tiga kerusi DUN di Perak dan satu DUN di Pahang pada PRU15 ini.

sumber berita: malaysiakini

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *