KUALA LUMPUR: Seniwati Ogy Ahmad Daud terkilan apabila wanita yang menghina lslam ketika membuat persembahan komedi minggu lalu dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Wilayah Islam (JAWI) baru-baru ini.

Ogy atau nama penuhnya Fauziah Ahmad Daud berkata, perkara seperti ini tidak seharusnya terlepas sebegitu mudah hanya kerana wanita yang dikenali Siti Nuramira ‘bertiketkan’ kad orang kurang upaya (OKU).

“Ustaz @firdauswong kita kena buat sesuatu ini. Tak boleh lepaskan manusia-manusia macam ini. Dia menghina agama Islam.

“Bangkit JAWI hina agama boleh lepas sebab 0KU”

“Masa dia dengan tujuh teman lelakinya, dia ada tunjuk kad OKU tak? Tolonglah buat apa sahaja boleh lepas asalkan ada kad OKU,” katanya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.