Kecoh baru-baru ini apabila seorang YouTuber Malaysia mendakwa telah diganggu entiti setelah membuka Dybbuk Box yang dibeli olehnya menerusi laman jual beli dalam talian eBay.

Video yang nampak meyakinkan itu dikuatkan lagi penampilan individu dan kanak-kanak yang menguatkan dakwaan gangguan yang dialami olehnya.

Berhubung dengan video tular tersebut, maka ramai netizen dan YouTuber Malaysia tidak mahu ketinggalan mengulas dan beradu pengetahuan dalam perkara ini. Masing-masing mengeluarkan cerita dan ‘kajian’ masing-masing bagi menyokong cerita Dybbuk Box ini.

Tambah melucukan, ada juga video yang mengatakan dengan penuh keyakinan, beberapa siri kemalangan yang menimpa artis luar negara adalah berpunca daripada semangat Dibbuk daripada Dybbuk Box yang dibuka semasa merakam sebuah rakaman rancangan realiti televisyen.

Satu analisis yang panjang lebar, tapi sayangnya seolah lebih takut hantu daripada Tuhan.

Lain pula ceritanya apabila tular lagi sebuah hantaran dan beberapa siri ciapan di Twitter oleh individu yang mendakwa dirinya adalah pencipta asal Dybbuk Box.

Dybbuk Box sebenarnya hanyalah sebuah kotak kayu yang digunakan untuk menyimpan wain.

Penciptanya, Kevin Mannis, seorang Yahudi, mendakwa segala cerita dan latar belakang Dybbuk Box adalah 100% cerita rekaannya semata-mata.

Admin pun pelik lah tengok trend orang Malaysia ni. Mudah sangat terciduk dengan tipu helah YouTubers ni.

Fikir logik lah sikit. YouTubers ni memang lah kerja mereka untuk naikkan followers dengan cara mencipta video-video rare.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *