Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) didakwa menjadi ‘modal’ pemilik rumah untuk menaikkan sewa sehingga penyewa tidak mampu membayarnya.

Kenaikan empat kali OPR dicatatkan sejak tahun lalu bermula Mei, Julai, September dan November 2022, dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelum­nya menyebabkan pemilik menaikkan kadar sewa.

Bagi pemilik rumah pula, Aniza Wati Mustaffa, 45, berkata, dia terpaksa menaikkan sewa sebanyak RM50 sehingga RM100 selepas jumlah pinjaman bulanannya meningkat mencecah hampir RM1,000 sebulan di­sebabkan OPR.

“Saya mempunyai tiga buah rumah sewa, satu di Kuala Lumpur dan dua di Melaka. Bagi rumah di Kuala Lumpur saya terpaksa naikkan sewa daripada RM950 kepada RM1,000.

“Rumah di Taman Pertam Jaya pula dari RM750 kepada RM850 dan sebuah lagi di Bachang daripada RM1,000 kepada RM1,100. Penyewa pun sudah setuju sewa naik,” katanya.

Tambahnya, kenaikan itu bagaimanapun hanya dapat menampung kira-kira 30 peratus daripada kenaikan baharu OPR yang ditanggungnya kini bagi pinjaman dalam tempoh 25 tahun.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *