

Ketua penerangan PKR Terengganu, Syed Mohd Al-Amin bin Tuan Sharif mencadangkan untuk Pakatan Harapan Terengganu dipecah kepada dua pihak iaitu melibatkan Amanah dan DAP serta satu lagi pihak adalah PKR itu sendiri.
Cadangan ini menurutnya akan membenarkan PKR untuk menjalinkan kerjasama dengan parti lain diluar Pakatan Harapan.
Kenyataan tersebut telah didapati tular dalam beberapa group whatsapp pro PH yang disebarkan oleh penama W Ismail dipercayai salah seorang AJK PKR Negeri Terengganu.
”Parti-parti PAN dan DAP yang asalnya merupakan sebahagian PH Terengganu boleh bergabung dan bekerjasama dengan parti lain sama ada parti Pejuang atau PAS untuk membentuk PH Hybrid XY.
Manakala KEADILAN Terengganu juga diberi ruang dan peluang untuk menjalinkan persefahaman atau kerjasama politik dengan parti Melayu lain yang ada di Terengganu” tulis Syed Al Amin dalam satu kenyataan menyebut dirinya adalah Ketua Penerangan PKR Terengganu.
Syed Mohd Amin juga mendakwa, sewaktu awal sebelum PRU14 Amanah dan Dap telah bergantung pada jentera PKR namun setelah berkembang kuat, PKR sudah tidak diperlukan, oleh yang demikian cadangan supaya Amanah dan Dap bergerak tanpa PKR dikemukakan.
“Hari ini, KEADILAN Terengganu mendapati parti-parti PAN dan DAP semakin mantap tanpa memerlukan sokongan dan penglibatan KEADILAN Terengganu. Ini membuktikan parti-parti berkenaan terutamanya PAN sudah boleh berdiri dengan sendiri tidak seperti mula-mula penubuhan dahulu yang memerlukan sokongan jentera dari KEADILAN Terengganu.
“Hybrid bermaksud cantuman satu atau dua parti asal dalam sesuatu gabungan atau pakatan membentuk satu produk politik baharu bersama parti lain diluar gabungan atau pakatan asal mereka. tulis Syed dalam satu kenyataan.
Sumber PKR menyebut, PKR sedang dalam usaha untuk meminta autonomi dari Presiden PKR, Anwar Ibrahim supaya PKR boleh bekerjasama dengan UMNO di Terengganu tanpa Amanah, dan DAP, namun sehingga kini permintaan tersebut tidak dilayan oleh Anwar.
Sumber turut memberitahu PKR mensasarkan 3 kerusi di Terengganu iaitu Bandar, Ladang, dan Chukai manakala melalui kerjasama dengan UMNO, 29 kerusi lain akan diserahkan kepada UMNO untuk berdepan PAS dan PH (Amanah & Dap)
Admin sedang berusaha mendapatkan komen lanjut dari dua lagi parti komponen dalam Pakatan Harapan Terengganu berkenaan kenyataan Syed Mohd Al Amin ini