Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa berkata Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba menipu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sekali lagi.

Menurutnya kini tersebar surat daripada Presiden UMNO itu kepada Yang di-Pertuan Agong yang mendakwa mesyuarat BN pada 22 November memutuskan semua 30 ahli Parlimen menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri (PM).

“Agong cuba ditupu sekali lagi? Sekarang tersebar surat ini di Media Sosial.

“Lihat perkara 4.Pengerusi BN mendakwa dan menyembah maklum kepada DYMM SPB YDP AGONG bahawa beliau telah mempengerusikan mesyuarat BN pada 22hb November dan mesyuarat memutuskan semua 30 ahli Parlimen bersetuju menyokong Anwar sebagai PM.

“Kita sebaliknya dimaklumkan BN memutuskan TIDAK MENYOKONG MANA-MANA CALON….siapakah yang berbohong di sini?

“Rakyat menuntut penjelasan pemimpin-pemimpin BN yang terlibat, khasnya ahli mesyuarat Dewan Tertinggi BN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Annuar berkata satu laporan polis hendaklah dibuat berhubung cubaan menipu Yang di-Pertuan Agong.

“Jika surat kepada SPB YDP AGONG merupakan satu percubaan menipu YDP AGONG ianya satu kesalahan yang amat berat yang sekali lagi dibuat oleh orang yang sama seperti dilakukan pada bulan Oktober 2020 (kononnya semua MP BN ketika itu menyokong Anwar menjadi PM menggantikan TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin) – satu pembohongan.

“Laporan polis patut dibuat agar penyiasatan di buat atas perbuatan durjana ini terhadap YDP AGONG. Rakyat dan ahli UMNO dan BN akar umbi juga harus bangkit memperbetulkan kedurjanaan ini jika benar ia telah dilakukan,” katanya.

Surat didakwa dihantar Zahid kepada Yang di-Pertuan Agong tular di media sosial. Dimuat naik dari FB Tan Sri Annuar Musa.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *