Menurut laporan Manila Bulletin, ibunya, Eloisa Acay Angara membuat perkongsian di Facebook mengatakan kejadian tidak diingini itu berlaku selepas anaknya memasukkan sudu besi ke dalam lubang soket elektrik bersambung.

Katanya, dia tinggalkan sudu besi tu atas meja yang tinggi selepas membuat bancuhan susu anaknya, Jake Angsara dan tidak menyangka anaknya mampu capai dan terus cucuk ke dalam soket elektrik.Iklan
“Ketika hendak membuka pintu, saya terdengar suara gemuruh sehingga saya gugup, tetapi saya fikir ada sesuatu yang jatuh atau apa. Kemudian suami saya menjerit dan mengatakan Jake tidak sedarkan diri,” ujarnya.
Dia yang menemui anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus bawa ke hospital berdekatan.
Namun, pihak hospital gagal menyelamatkan Jake dan kemudian, disahkan meninggal dunia.
Apa yang lagi menyedihnya, kejadian ngeri itu berlaku pada 19 Februari hanya 12 hari selepas ulang tahun keduanya pada 7 Februari yang lalu.
Semoga kejadian yang menimpa keluarga ini dapat berikan kita pengajaran. Elakkan meletak barangan elektrik di tempat yang mudah digapai anak-anak.