
Kisah kanak-kanak itu dikongsikan oleh Muhammad Bilal di laman Instagram miliknya. Rudy dan ibunya sering menyertai program ‘Homeless Feeds’ bersama Bilal untuk menyumbang makanan kepada warga gelandangan di UK dan tertarik dengan Islam.
Rudy kemudian meminta izin ibunya untuk memasuki Islam dan direstui ibunya dan gembira dengan keputusan anaknya itu.
Rudy juga memiliki nama Islam iaitu Muhammad Muzammil.

Hidayah itu milik Allah Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam (Surah Al-An’aam: 125). ~Maksud ayat berkenaan, tanpa mengira latarbelakang, sejarah silam mahupun usia seseorang, jika Allah berkehendak, sekali gus individu tersebut boleh berubah 360 darjah.
Begitulah dengan kisah kanak-kanak ini yang dikongsi oleh seorang lelaki bernama Muhammad Bilal, menerusi laman Instagram miliknya.
Bilal memuat naik sebuah posting berupa rakaman video memaparkan kanak-kanak berusia berusia 9 tahun itu mengucap dua kalimah syahadah di hadapannya. Malah, dia mengikuti setiap bacaan kalimah dengan lancar sekali.
Menurut lelaki itu, kanak-kanak tersebut dan ibunya sering menyertai program ‘Homeless Feeds’ bersama Bilal untuk memberi makan kepada golongan gelandangan dan tertarik dengan Islam.
Bagaimanapun sebelum mengucap dua kalimah syahadah, Bilal menyuruh kanak-kanak itu supaya meminta izin ibunya terlebih dahulu.
Namun, jawapan ibunya sangat mengejutkan! Walaupun berlainan agama, siapa sangka ibunya merestui dan berkata bahawa dia gembira dengan apa jua keputusan anak kecilnya itu dan akan sentiasa menyayangi serta menyokongnya. Subahanallah.
instagram @qaribilal786