Presiden Amanah Mohamad Sabu, berkata beliau akan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sehingga habis penggal iaitu pada Jun tahun depan, sekiranya beliau merupakan Perdana Menteri.

“Kalau saya PM, saya mahu sampai habis penggal, bulan 6 tahun depan,” katanya kepada media pada Sidang Nadi Rakyat di Petaling Jaya, hari ini.

Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata demikian sebagai maklum balas berkenaan spekulasi Dewan Rakyat akan dibubarkan hujung tahun ini berikutan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) antara Pakatan Harapan (PH) dengan kerajaan akan tamat pada 31 Julai ini.

“Jadi kalau tak ada pilihan raya bulan Julai, serah pada PM lah nak lanjut (perjanjian) atau tidak. Itu serah pada PM-lah. Saya tak masuk campur,” katanya.

Sejak beberapa bulan ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadapi tekanan daripada Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan PRU15 segera.

Perhimpunan Agung Umno (PAU) Khas Mei lalu memuktamadkan sebulat suara untuk mendesak PRU15 diadakan pada tahun ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri memberi jaminan bahawa beliau tidak akan melewatkan PRU15 walaupun sesaat sekiranya BN telah bersiap siaga.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.