Sikap tegas seorang Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di acara 2022 Mokkoji Korea, baru-baru ini mencuri tumpuan netizen di media sosial.

Menurut netizen, mereka kurang senang melihat cara anggota tersebut menghalang pengunjung daripada berjumpa artis Korea yang ada di situ.

Menerusi sebuah rakaman video di Twitter, anggota Rela itu dipercayai memarahi pengunjung yang hadir ke majlis tersebut dengan reaksi wajahnya yang serius.

Bukan itu sahaja, wanita tersebut didakwa menolak peminat yang cuba mendekati artis jemputan dari Korea Selatan itu.

“Korang kalau korea beria sambut, Nabi Muhammad takde pun.”

Susulan daripada itu, rata-rata netizen berkata tindakan anggota Rela itu sangat tidak sesuai dan kasar.

Sekadar info, majlis 2022 Mokkoji Korea itu di spesifikasikan untuk pameran budaya Korea yang turut menjemput beberapa artis jemputan dari Korea Selatan.

Majlis ini diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) Kuala Lumpur pada 12 dan 13 November lalu.

OhBulan

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *