KUALA LUMPUR, 9 Jun — Pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof, 51 yang pernah bertanding kerusi parlimen Sabak Bernam mewakili Parti Pejuang pada PRU15 lalu, dipercayai bakal menyertai Perikatan Nasional (PN) di bawah tiket Parti Islam Semalaysia (PAS).
Ia susulan beberapa gambar beliau bersama beberapa figura politik dari PN dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN) terutama Pengerusi MN, Tan Sri Annuar Musa, mula tersebar di media sosial sejak beberapa minggu lalu.
Terbaharu, pelakon itu dilihat menerima kad keahlian Kelab Motosikal Alternative Rising Club (ARC), juga merupakan kelab motosikal yang ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
“Saya tak nak komen apa-apa mengenai perkara itu (masuk PAS). Tunggu saja pengumuman berkaitan sekiranya perkara itu benar-benar berlaku.
“Buat masa ini saya hanya menjalankan tanggung jawab kerana diberi kepercayaan oleh Tan Sri Annuar untuk bersama MN #Featured #PolitikPolitics