Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkata penetapan kadar itu berdasarkan kepada harga bagi 2.6 kilogram beras super special tempatan yang lazim digunakan umat Islam di Selangor.

LZS bagaimanapun menggalakkan golongan berkemampuan untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan setiap hari bagi diri dan tanggungan.

“Kadar RM14 seorang adalah daripada beras jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi.

“Bagi kadar RM21 pula adalah untuk umat Islam yang menjadikan makanan hariannya beras jenis basmati, beras Jepun, beras merah dan setaraf dengannya,” kata LZS menerusi kenyataan hari ini.

LZS berkata, galakan menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan telah dilaksanakan sejak tahun 2018. 

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *