Orang ramai diminta tidak menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai spekulasi pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata penyebaran maklumat di media-media sosial itu hanya akan menyebabkan perkara luar jangkaan seperti pembelian panik.

“Jangan terpengaruh dengan khabar angin di media sosial, contohnya malam tadi kononnya polis akan mengenakan sekatan jalan raya dan tidak membenarkan orang keluar rumah tetapi sebenarnya tidak berlaku seperti itu.

“Jangan bimbang, esok akan ada pengumuman…selepas pengumuman barulah kita tahu perkara yang sebenarnya, jadi jangan lebih awal daripada pengumuman kita sudah panik dengan menyerbu pasar raya dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan barangan bantuan banjir di Kem 8 Briged di Kota Bharu.

Dia berkata kerajaan sentiasa mengambil kira pelbagai aspek dalam pendekatan menangani penularan pandemik Covid-19 termasuk kesihatan dan keperluan aktiviti ekonomi.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *