PEMOHON Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diminta untuk mengemas kini permohonan bagi memastikan data permohonan bantuan tunai kerajaan kekal relevan untuk pelaksanaan tahun ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan pemohon yang perlu melakukan kemas kini berkenaan adalah mereka yang yang tidak mengemas kini permohonan tiga tahun berturut-turut.

Menurut LHDN, mereka adalah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 perlu berbuat demikian.

Selain itu, penerima STR fasa satu yang mempunyai perubahan maklumat terkini juga perlu mengemas kini permohonan.

“Sebagai panduan mengenai permohonan baharu dan kemas kini maklumat STR, pemohon boleh membuat rujukan kepada set Soalan Lazim (FAQ) STR 2023 dan yang telah dimuat naik pada portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/,” menurut kenyataan itu.

Menurut LHDN, sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan, pemohon boleh menghubungi talian Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara), Hasil Live Chat dan borang maklum balas di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *