UMNO Selangor mengingatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) agar tidak mengganggu kawasan yang dimiliki UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang nanti.

Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar berkata, bagaimanapun UMNO akan mengelakkan pertembungan dengan PAS pada PRU15 kelak.

“Hasrat ini telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO dan Presiden PAS di Selangor agar UMNO dan PAS tidak bertembung, namun kalau PPBM cuba nak ganggu kawasan kita, UMNO tiada pilihan melainkan terpaksa melawan PPBM.

Katanya, UMNO sekali lagi mengulangi pendirian hanya mengiktiraf Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai dengan PAS sebelum ini.

“Kita di Selangor berpegang kuat kepada prinsip tetap akan bersama dengan PAS dan pendirian kita jelas bagi memastikan tidak berlaku sebarang pertembungan dengan parti itu.

“UMNO tiada pilihan lain sekiranya PPBM tetap berdegil untuk meletakkan calon di kawasan yang pernah dimenangi UMNO sebelum ini,” katanya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *