Tidak berpuas hati dengan definisi perkataan ‘Tambi’, seorang aktivis menuntut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memohon maaf kerana didakwa menghina masyarakat India di Malaysia.

Tuntutan itu dibuat oleh S Shankar Ganesh menerusi notis tuntutan yang disediakan oleh firma guaman K Ganesh & Associates, semalam.

Shankar berkata sekiranya DBP gagal memberikan sebarang maklum balas terhadap notis tuntutan itu dalam tempoh tujuh hari, pihaknya akan memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan di mahkamah.

Ketika dihubungi, Shankar berkata dia sangat tidak puas hati dengan penjelasan DBP yang mengatakan kamus dalam talian mereka tidak dinaik taraf dengan kamus versi baru sejak 2007.

“Jabatan itu menerima peruntukan berjuta-juta setiap tahun. Takkan tidak mencukupi tenaga pekerja untuk menambahbaikkan kamus dalam talian itu.

“Ini seolah-olah memberi gambaran bahawa mereka ‘tutup mata’ dan menggalakkan penggunaan perkataan ‘Keling’.

“Ini seolah-olah memberi gambaran bahawa mereka ‘tutup mata’ dan menggalakkan penggunaan perkataan ‘Keling’.

Dia berkata demikian berikutan kecaman yang diterima DBP berhubung definisi perkataan ‘tambi’ dalam kamus dalam taliannya.

Kamus tersebut mentakrifkan perkataan ‘tambi’ sebagai “panggilan untuk orang Keling yang lebih muda daripada kita”.

Tambi adalah perkataan bahasa Tamil yang bermaksud ‘adik lelaki’ dan digunakan secara ramah oleh masyarakat Melayu terhadap lelaki berbangsa India yang lebih muda.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.