Pernah terfikir tak kenapa shopping mall dibina bertingkat-tingkat? Ye lah, buat besar-besar tapi kita semua cuma pergi tempat sama je. Tak pun, cuma nak berjalan-jalan sebab nak rasa aircond.

Persoalannya sejak bila kita bina shopping mall bertingkat-tingkat?

Katanya tradisi membina shopping mall bertingkat-tingkat ni telah wujud sejak era Empayar Rom lagi. Semuanya bermula setelah Maharaja Trajan mula menaiki takhta sebagai pemerintah Rom.

Masa zaman baginda lah Empayar Rom terbentas luar dari Afghanistan hingga ke England. Dengan wilayah yang sebegitu besar, Empayar Rom menjadi kaya dalam sekelip mata.

Bagusnya Maharaja Trajan ni adalah baginda suka berkongsi kekayaan Rom dengan rakyatnya. Jadi baginda bina Trajan shopping mall ditengah-tengah bandar.

Trajan shopping mall ni dibina setinggi 6 tingkat yang dipenuhi dengan pelbagai kedai. Zaman tu memang korang akan nampak lelaki suka bawak awek lepak mall tiap hujung minggu.

Bukan setakat tu je, Trajan shopping mall turut tempatkan mahkamah dan pusat pentadbiran. Nampak macam best kan tapi ada juga kesan buruk bina shopping mall zaman Empayar Rom ni.

Sebab deme tarah bukit dan tebang balak untuk bina shopping mall. Bermakna masalah ni tak pernah selesai sejak era Empayar Rom.

Kalau korang nak tengok Trajan shopping mall tu, boleh pergi dekat Italy. Dekat situ masih lagi wujud sisa shopping mall tersebut.

Oleh Azmil Azali

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *