Kerajaan negeri Pahang dan syarikat produksi Studio Kembara disyorkan supaya membangunkan semula rumah peninggalan tokoh pahlawan Mat Kilau di Pulau Tawar, Jerantut dan Batu Lima Jalan Gambang, di Kuantan, Pahang.

Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli berkata, pembinaan semula kediaman Mat Kilau di dua lokasi itu dilihat sebagai usaha untuk menjadikan produk pelancongan yang mempunyai nilai sejarah kepada negara ini.

Dia berpendapat sudah tiba masanya Kerajaan Pahang mahupun mana-mana pihak membangunkan semula peninggalan sejarah tokoh itu dan bukan sekadar berbangga melalui filem semata-mata.

“Saya lihat kedua-dua rumah milik Mat Kilau sudah lama terbiar dan ditelan dek zaman. Di Kampung Kedondong, Pulau Tawar iaitu rumah kelahiran Mat Kilau hanya terdapat papan tanda dan tapak rumahnya sahaja.

“Rumah di Batu lima Jalan Gambang yang sedia ada memang sudah usang dimamah usia dan menunggu masa untuk terus mereput sedangkan di situlah Mat Kilau habiskan sisa-sisa hidupnya sebelum mengisytiharkan dirinya adalah pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di bumi Pahang suatu ketika dahulu.

“Jadi kedua-dua lokasi ini wajar dibina semula supaya ia menjadi daya tarikan baru untuk pelancongan di Pahang. Dengan terbinanya rumah terbabit, maka banyak lagi bahan sejarah silam boleh dipamerkan di situ,” katanya.

1825330

Mohd Shukri mahu rumah Mat Kilau di Kampung Kendondong dibina semula bagi tujuan yang sama. — Sinar Harian

Dia turut mencadangkan agar produksi filem Mat Kilau, menaja pembinaan tersebut kerana mereka sudah mengaut untung besar atas pembikinan filem menggunakan jenama Mat Kilau, biarpun sekadar fiksyen semata-mata.

Katanya, filem Mat Kilau boleh terus kekal ditayangkan dalam galeri rumah Mat Kilau selamanya untuk tontonan pelancongan yang tidak sempat menyaksikannya sekarang.

Katanya, filem Mat Kilau boleh terus kekal ditayangkan dalam galeri rumah Mat Kilau selamanya untuk tontonan pelancongan yang tidak sempat menyaksikannya sekarang.

“Saya yakin ia boleh dijadikan bahan sejarah berharga bagi menaikkan semangat perjuangan agama, bangsa dan negara kepada generasi muda.

“Malah, Kerajaan Pahang perlu menyedari perkara ini kerana sudah puluhan tahun terbiar, apa salahnya ia didirikan semula bagi menyemarakkan lagi industri pelancongan sejarah di bumi Pahang.

“Apa guna kita sekadar menonton semata-mata tapi hakikatnya warisan Mat Kilau terus terbiar dan tidak dipelihara seperti warisan sejarah yang lain di negara kita,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd Shukri menjelaskan buat masa ini hanya terdapat Galeri Mat Kilau di Pulau Tawar dan ia dibuka pada hari bekerja sahaja.

Tegasnya, sedangkan pelancong biasa datang pada hari cuti hujung minggu ataupun cuti umum.

“Begitu juga lokasi di Batu Lima, Kuantan yang ada hanya galeri sementara yang dibina oleh cucu Mat Kilau, Mohd Alhamdi Abu Bakar di Sekolah Kebangsaan Padang Garuda. Itupun kerana dia guru besar di sekolah tersebut sekarang.

“Namun, sudah pasti ia hanya boleh dikunjungi pada hari persekolahan kerana pada hari Sabtu dan Ahad sekolah bercuti,” ujarnya.

Mohd Shukri berpandangan pembinaan replika rumah Mat Kilau pastinya akan dapat menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke Kuantan.

Mohd Shukri mahu rumah Mat Kilau di Kampung Kendondong dibina semula bagi tujuan yang sama.

“Harus diingatkan di Melaka, perigi Hang Tuah pun boleh dijadikan tarikan pelancongan dan sumber ekonomi penduduk apabila orang ramai berkunjung dan membeli buah tangan serta cenderamata di situ.

“Kalau kita ingat Pahlawan Hang Tuah kisahnya wujud sejak beribu tahun dahulu, tak tahu kesahihannya atau sekadar legenda semata-mata. Tapi Mat Kilau masih hidup pada zaman moden iaitu selepas negara kita sudah capai kemerdekaan.

“Sepatutnya peninggalan sejarah pahlawan itu diangkat dan dimajukan, bukan sekadar cerita semata-mata. Banyak lagi bahan sejarah Mat Kilau di Pulau Tawar dan Batu lima yang boleh dijadikan bahan sejarah sebenarnya,” katanya yang mahu sejarah dipertahankan agar terus dikenang oleh anak cucu dan generasi akan datang. — Sinar Harian

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.