Masa zaman rock kapak dulu, kasut Aliph memang menjadi rebutan. Siapa yang dapat pakai, terus sempurna dia punya dress up rock kapak. Benda ni buat ramai betul mat rock nak beli kasut Aliph.
Persoalannya bagaimana rock kapak boleh buat kasut Aliph jadi jenama terkenal?
Pada asalnya Aliph sama je macam jenama lain. Banyak jual kasut, baju dan barangan sukan. Sayangnya cuma kasut hi-cut je orang beli. Korang faham-fahamlah, kita ni select sikit dengan produk tempatan.
Aliph nampak situasi ni dan dia terus fokus kepada kasut hi-cut je. Bila diperhatikan ramai anak muda yang suka pakai kasut hi-cut. Sebab katanya sesuai dengan imej rock deme. Di tambah lagi kasut Aliph lebih murah berbanding jenama luar negara.
Menyedari kasut deme mula jadi trend, Aliph pun apa lagi terus tunggang sentimen rock kapak. Apa yang mereka buat adalah jadikan kasut Aliph sinonim dengan muzik rock kapak. Bermakna kalau korang nak dress up ala rock kapak, kasut Aliph akan jadi benda wajib.
Sebagai permulaan kasut Aliph buat produk placement dalam filem-filem bertema rock kapak macam Rozana Cinta ’87, Jejaka Perasan dan Ragam Pemandu. Tapi deme tak lah buat macam sesetengah produk. Kerja sembang pasal benda-benda teknikal je, storytelling tak ada. Cara itu berjaya apabila kasut Aliph Terri daripada filem Rozana Cinta ’87 menjadi rebutan.
Setakat bergantung kepada filem je tak boleh. Aliph pun gunakan influencer marketing untuk dapatkan pelanggan baru yang lebih ramai. Aliph sedar korang semua ini akan ikut je apa yang influencer buat tanpa banyak soal.
Aliph pun pergi taja Search, Wings, Lefthanded dan SYJ. Bukan setakat taja je, Aliph beri kebebasan untuk 4 kumpulan rock kapak tu design sendiri kasut deme. Dah siap, kasut itu akan diberikan nama sempena 4 band tu dan dijual kepada orang ramai. Secara tak langsung memang kita nampak kasut Aliph eksklusif milik 4 band tu.
Tanpa disangka-sangka, permintaan terhadap kasut Aliph meningkat. Malah kesemua kasut hi-cut sold out dalam masa yang singkat. Masa tu pergi mana-mana tak kiralah Pertama Complex ataupun Kompleks Yik Foong, memang penuh mat rock pakai kasut Aliph.
Kalau korang mengaku sebagai rockers masa zaman rock kapak tapi tak pakai Aliph, memang orang pandang pelik. Jadi tak kiralah remaja ke budak sekolah dan bapak budak sekalipun memang berebut nak beli kasut Aliph. Sampai ada yang sanggup catu duit belanja sekolah.
Kepada korang semua, ada simpan lagi tak kasut Aliph? Kalau korang masih ada koleksi kasut Aliph Search, Wings, Lefthanded dan SYJ, demo meme kena bare.
Oleh Azmil Azali