Sekali imbas memang mustahil sebab perempuan ni setia orangnya. Legenda mengatakan kisah ini pernah berlaku di Johor pada abad-17.
Ceritanya begini, ada seorang perempuan yang bernama Siti Aminah dikatakan berasal daripada Pata Timo telah berpindah ke Johor. Ketika itu dia dijaga oleh keluarga angkat di Kota Tinggi sejak kecil.
Apabila meningkat dewasa, Siti Aminah terus menjadi perempuan tercantik di Kota Tinggi. Dia punya cantik tu sampai laki orang tengok pun boleh terbeliak biji mata dan ternganga mulut. Dah nama pun paling cantik, memang setiap hari ada je lelaki yang cuba pikat Siti Aminah ni.
Benda ni buat keluarga dia risau. Sebab takut kesucian Siti Aminah ni dinodai oleh lelaki-lelaki hidung belang di luar sana. Maka keluarga Siti Aminah letakkan pendinding bagi melindungi dirinya.
Pada mulanya, tak apa-apa masalah pun. Tapi bila dah kahwin, satu kejadian aneh mula berlaku. Sebab selepas satu hari berkahwin pasti Siti Aminah akan diceraikan oleh si suami. Katanya si suami tidak langsung menemui sebarang bukti bahawa dia adalah perempuan.
Hal itu tidak menakutkan langsung lelaki lain. Sebab deme tetap juga datang meminang. Kisahnya tetap sama sebab selepas sehari pasti akan diceraikan. Situasi ni berulang-ulang sehinggalah suami yang ke 100 yang dikatakan agak warak.
Penceraian tidak berlaku setelah suami yang ke 100 berjaya membuka kunci nafsu yang dijadikan pendinding oleh keluarga Siti Aminah.
Versi lain pulak cakap, Siti Aminah berkahwin sampai 100 orang sebab suami akan mati selepas malam pertama. Suami yang ke 100 berjaya survive setelah membunuh semua kala jengking yang keluar daripada badan Siti Aminah pada malam pertama.
Apa-apa versi sekalipun, semuanya bercerita tentang Siti Aminah yang berkahwin dengan 100 orang suami. Oleh sebab keunikkannya kisahnya, Siti Aminah digelar sebagai Cik Siti Jalang.
Oleh Azmil Azali