Bila tengok Lagi-Lagi Senario je, berdekah-dekah kita gelak. Ye lah banyak betul lawak yang sangat kelakar. Tapi tak ramai yang tahu filem tu sebenarnya dibikin berdasarkan krisis kewangan 1997.
Betul ke?
Cuba tengok watak Wahid. Dia ni kerja dah best tapi kena pecat. Dia cubalah cari kerja yang sama tapi tak dapat sebab krisis ekonomi. Terpaksalah dia downgrade jadi sesumpah. Itu pun tetap kena pecat.
Selepas itu, Wahid dapat kerja dekat Warung Azlee. Mula-mula dia macam pandang rendah tapi bila tengok Saiful boleh beli barang mewah terus Wahid terkejut.
Sebab dalam satu babak ni ada tunjuk Azlee hulur RM50 kepada Majid sebagai gaji harian. Tak mustahil gaji Saiful boleh mencecah RM1000 sebulan pada tahun 1997. Jadi janganlah pilih kerja. Asalkan dapat duit untuk makan pun dah ok.
Biarpun gaji Saiful agak besar, benda tu tak halang dia untuk berpindah ke Cafe Mazlan. Bagi sesetengah orang itu adalah pengkhianatan. Untuk sesetengah yang lain pulak, itu ialah career progression sebab dapat gaji lagi tinggi.
Kena fikir juga masa krisis kewangan 1997 dulu, ramai yang kena pecat. Kalau dapat tawaran menarik, lebih baik Saiful pergi. Sebab setia tak boleh dipakai untuk beli beras.
Pemergian Saiful membuatkan Warung Azlee hampir lingkup. Sebab cuma dua orang sahaja yang masih bekerja iaitu pelayan dan tukang bancuh air. Tak kan lah pelanggan datang warung pagi-pagi sebab nak layan teh tarik je kan?
Dekat sini lah “hard time create strong man”. Waktu yang sukar memaksa Wahid cuba untuk menjadi penebar roti canai. Ye lah jika terus jadi pelayan je, memang lingkuplah Warung Azlee.
Secara tak sengaja, Wahid mendapat ilham untuk menebar baju kotor di bilik air. Setelah lama berlatih, dia dapat yakinkan Azlee untuk jadi penebar roti canai.
Apa yang Wahid buat ni berjaya dan pelanggan mula kembali ke Warung Azlee. Maknanya dekat sini, krisis ekonomi paksa kita semua keluar daripada comfort zone supaya dapat makan pada hari esok.
Kepada korang semua, dah cuba tebar baju dekat bilik air?