Sudah menjadi kebiasaan, sebelum masuk waktu berbuka puasa, pasti kita akan memuat naik gambar juadah makanan dan minuman di media sosial dengan niat hanya untuk berkongsi.

Walau bagaimanapun, menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor, tindakan muat naik gambar makanan itu disifatkan sebagai berdosa kerana ia dilihat mempunyai tujuan lain.

MUAT NAIK GAMBAR MAKANAN SEBELUM BERBUKA DISIFATKAN BERDOSA

MUAT NAIK GAMBAR MAKANAN

Jelasnya, perbuatan itu tidak membatalkan puasa namun ia boleh menyebabkan orang lain ponteng puasa dan ianya sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam

“Perbuatan individu itu tidak membatalkan puasa cuma bergantung kepada tujuan sebenarnya. Hukum bagi individu yang melakukan perkara sedemikian iaitu dengan ‘melayur’ gambar makanan kepada orang lain adalah berdosa kerana dia seolah-olah mendorong orang lain meninggalkan puasa,” katanya

Beliau menasihatkan agar umat Islam tidak melakukan perbuatan itu lagi supaya orang lain tidak turut terikut memuat naik gambar makanan di media sosial sebelum waktu berbuka.

Beliau turut menggesa agar pihak penguatkuasa agama Islam setiap negeri untuk sentiasa memantau restoran-restoran dan mengambil tindakan tegas sekiranya menyediakan makanan atau minuman kepada orang Islam yang tidak berpuasa tanpa sebarang sebab.

Ibadah ini tidak boleh dipandang ringan oleh penganut agama Islam yang suci. Ini termasuklah perbuatan membuka restoran, menjual atau menyediakan makanan serta minuman pada siang hari Ramadan untuk orang Islam yang diwajibkan ke atasnya berpuasa,” ujarnya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *