Bagi seorang influencer lelaki yang berasal dari Colombia ini ‘kerja gila’ yang paling tak boleh brain pernah dilakukan semestinya adalah menjalani pembedahan menambah implan payudara selepas membuat pertaruhan dengan abang iparnya.

Yes, anda baca betul! Influencer ni seorang lelaki dan dia buat implan payudara.

Sumber: Biogossip

Yeferson Cossio yang juga merupakan seorang model lelaki mengejutkan jutaan pengikut media sosialnya selepas dia memuat naik gambar yang menunjukkan dia mempunyai payudara seperti wanita.

Memetik Oddity Central, Cossio membuat pengumuman pada bulan lalu yang dia telah membuat satu bet dengan abang iparnya, Jhoan López yang juga seorang influencer untuk menambah impan payudara sekiranya Cossio gagal memperoleh 3 juta followers di Instagram dalam satu tempoh masa tertentu.

Tetapi, jika Cossio berjaya mendapat 3 juta followers dalam tempoh masa yang ditetapkan, abang iparnya yang perlu menambah impan payudara.

“Saya tak risau. Saya sudah bercakap dengan klinik kosmetik di Columbia dan mereka menjelaskan kepada saya bagaimana cara untuk mendapatkan impan payudara itu tanpa merosakkan tudang dada,” tulis Cossio di laman Instagram miliknya.

Jelas Cossio lagi, dia akan memakai implan payudara terbabit selama tiga hari sebelum mengeluarkannya semula. Disebabkan badannya penuh tatu, parut kecil akibat pembedahan itu tidak akan kelihatan.

Cossio dilaporkan berjaya memperoleh sebanyak 3 juta pengikut di laman Instagram sebelum masa yang ditetapkan. Disebabkan kalah dalam pertaruhan, abang iparnya lah yang perlu mendapatkan implan payudara terbabit.

Pun begitu, Cossio dilaporkan turut menjalankan pembedahan menambah implan payudara bersama López kerana menganggap ia satu yang pengalaman yang menarik untuk dikongsi bersama rakannya.

Selepas mendapatkan implan payudara terbabit, Cossio dan López memuat naik beberapa keping gambar mereka ‘menggayakan’ implan terbabit.

Seperti dijanjikan, Cossio dan López mengeluarkan implan terbabit selepas beberapa hari untuk mengelakkan kecederaan kekal pada pectoral mereka.

Sumber: Oddity Central

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.