BEBERAPA daerah di Selawesi Barat, Indonesia digoncang gempa bumi sekuat 6.1 magnitud, pada awal pagi Jumaat, dan sekurang-kurangnya 42 orang sudah disahkan terkorban dan puluhan yang lain cedera, lapor media tempatan.

Portal berita Kompas.com melaporkan, Ketua Pusat Data, Informasi, dan Komunikasi Bencana (BNPB) Raditya Jati berkata, gempa bumi yang mula dirasai sejak Khamis itu bukan sahaja meragut nyawa malah mengakibatkan banyak bangunan musnah dan rosak termasuk bangunan pejabat Gabenor Sulawesi Selatan serta hotel.

Banyak kemusnahan juga terjadi di daerah Majene, sementara jalan yang menghubungkan Majene dan Mamuju juga terputus akibat gelongsoran tanah.

Lebih ramai mangsa sudah dikenal pasti terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan kini usaha mengeluarkan mereka sedang giat dijalankan pasukan mencari dan menyelamat.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *