Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi meminta saksi termasuk mangsa berkaitan dakwaan gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal Ebit lew tampil bagi membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, ini susulan bagi membolehkan pihaknya untuk merakam percakapan dalam siasatan kes tersebut.

“Siasatan masih berjalan. Kita minta saksi-saksi yang mempunyai maklumat untuk tampil.

Tular baru-baru ini Firdaus Wong menerusi platform media sosial miliknya sering kali berkongsi mengenai isu pemangsa seksual bagi memberi kesedaran kepada masyarakat.

Tindakan itu mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen seolah-olah Firdaus Wong yang juga Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM) itu merujuk kepada seseorang yang mempunyai populariti dan jumlah pengikut yang ramai.

Pelbagai kata cacian diterima, namun demi mahu menegakkan kebenaran, pendakwah terkenal itu tetap berpegang pada prinsipnya.

Firdaus Wong juga dengan beraninya telah tampil mendedahkan bukti daripada seorang mangsa serangan seksual individu yang mendakwa sebagai seorang pendakwah terkenal.

Semua bukti tersebut didedahkan Firdaus Wong menerusi saluran aplikasi Telegram miliknya : https://t.me/brofirdauswong.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *