Ramai antara kita yang obses dengan ikan, seperti ikan laga yang dijadikan perliharaan, hingga ia boleh mencecah ratusan ringgit.

Sebagai pencinta ikan, sudah pasti anda sanggup membuat apa sahaja demi mendapatkan jenis ikan yang anda suka.

Namun, apa agaknya anda rasa bila terlihat ikan yang kita suka itu menjadi salah satu bahan dalam masakan?

Menerusi laman Instagram dari Indonesia, sebekas ikan laga yang menjadi kesayangan peminatnya, digoreng dengan ramuan serta adunan tepung jenama Indonesia.

Hantaran itu nyata tidak disenangi oleh orang ramai, khasnya buat pencinta ikan laga.

“Pencinta ikan betta (ikan laga) menangis tengok ni, terutamanya saya”, tulis salah satu komen dalam hantaran tersebut.

Tidak dapat dipastikan lokasi asal gambar itu diambil, namun yang pasti peminat-peminat ikan laga pasti tumpang bersedih melihat hantaran ini.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.