.

PETALING JAYA: Sebuah helikopter dinaiki lima penumpang serta juruterbang dilaporkan terhempas di Brinchang, Cameron Highlands.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.15 petang tadi melibatkan helikopter milik syarikat swasta yang membawa lima pegawai perubatan termasuk seorang doktor.

Sumber berkata, helikopter itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak dari Lojing, Cameron Highlands.

“Bagaimanapun, status keenam-enam individu tidak dapat dipastikan.

“Pasukan polis dan penyelamat di lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *