
Sehingga pagi ini Kapal Selam KRI-Nanggala masih belum ditemui, Allahurabbi..
Ya Allah, tak boleh bayang keadaan cemas semua krew😭.
Kapal selam buatan Jerman yang berusia 42 tahun ini dikhabarkan akan kehabisan bekalan oksigen lewat malam tadi jam 3 pagi (sabtu jam 3.00 am).
Bekalan oksigen hanya boleh bertahan selama 72 jam sahaja.
Justeru 53 krewnya boleh koma/lemas akibat ketiadaan oksigen.
Sebelum hilang, kapal selam itu dikatakan menjalani latihan tembakan torpedo di perairan Bali.
Ada yang mengatakan sistem pengampungannya rosak dan kapal selam itu tenggelam pada dasar lautan melebihi 700 meter.
Kedalaman itu sudah melebihi kapasiti dan keupayaan kapal selam tersebut untuk menyelam.
Ada tumpahan minyak dikesan pada satu permukaan lautan. Pencarian cuba dibuat di kawasan tersebut namun tidak berjaya setakat ini.
Kawasan tumpahan minyak tersebut adalah terlalu dalam. Usaha mencari masih belum berhasil.
6 kapal perang termasuklah dari Malaysia, Australia dan Singapura sedang membantu mencari sekarang.
Malaysia menghantar kapal MV Mega Bakti (kapal penyelamat kapal selam) bagi tujuan membantu pihak Indonesia.
Pencarian masih berlangsung.
Mari kita doakan Jiran serumpun kita, Indonesia 🇮🇩🇲🇾.
Ya Allah, kuatkan dan selamatkanlah mereka semua. Ameen.