TIADA kelibat Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin kelihatan pada sesi pagi Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

Malah, kelibat beberapa pemimpin utama Perikatan Nasional (PN) seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang juga tidak kelihatan di barisan tempat duduk pembangkang ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) berlangsung pagi tadi.

Perkara itu dikongsi Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil di laman Twitterr miliknya yang mengesahkan ketiga-tiga pemimpin utama Kerajaan Perpaduan hadir pada sesi pagi Dewan Rakyat, hari ini.

“Ketua Pembangkang (@hamzahzainudin_ YB Larut), @MuhyiddinYassin YB Pagoh dan @abdulhadiawang YB Marang sekali lagi tidak muncul dan tidak bertanya soalan bagi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).

“YAB @anwaribrahim PM, YAB @DrZahidHamidi TPM, dan YAB @PetraJayaMP TPM hadir,” ciapnya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pernah mendedahkan perkara ini ketika berucap pada kongres parti itu awal bulan ini.

Beliau yang merupakan Menteri Dalam Negeri mendedahkan Hamzah, Muhyiddin dan Abdul Hadi tidak pernah sekali pun hadir pada sesi PMQT di Dewan Rakyat setakat ini. – Malaysiapost

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *