JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia membahayakan kesihatan diri sendiri hanya kerana mahu meraih perhatian di media sosial.
Dalam satu rakaman video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, seorang wanita melakukan aksi makan biskut cicah air banjir di daerah Cibitung di pinggir Jakarta.
Menerusi video berdurasi hampir 15 saat itu, wanita terbabit duduk mencangkung dalam air banjir sambil mencicah biskut lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.
Sejak Sabtu lalu, Jakarta digenangi banjir setinggi 1.8 meter berpunca daripada musim monsun sehingga memaksa lebih 1,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka.