Sepasang suami isteri dari Kelantan viral di TikTok selepas secara terbuka berkongsi kisah peribadi mereka yang selama ini menjadi buah mulut masyarakat sekeliling.

Bukan satu kebiasaan di kalangan masyarakat kita apabila melihat pasangan suami isteri dengan bersuamikan lelaki mak nyah. Tular di TikTok apabila satu akaun bernama @abe_pink86 mendedahkan dia masih bersama isterinya walaupun telah menukar diri menjadi mak nyah.

Dikenali sebagai Abe Pink, lelaki berusia 35 tahun itu berkongsi kisah tranformasinya dengan pengikut di TikTok. Menurut lelaki itu, dia mula mahu menukar penampilan menjadi wanita sejak beberapa tahun lalu.

Abe Pink berkata, pada mulanya tentu sekali isterinya terkejut dan tidak bersetuju dengan hasratnya. Abe Pink bagaimanapun tetap meneruskan niat menukar dirinya menjadi Mak Nyah dan mereka berdua tidak terfikir untuk berpisah.

Rata-rata pengikutnya memberikan nasihat untuk berubah dan Abe Pink sendiri memohon orang ramai mendoakan untuk dia kembali kepada fitrah sebagai seorang lelaki. Netizen bagaimanapun memuji sikap lelaki itu yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa.

Mungkin apa yang berlaku ke atas Abe Pink adalah dugaan buatnya dan juga dugaan buat yang mengejinya. Semoga Abe Pink terbuka hati untuk kembali menjadi lelaki sejati satu hari nanti.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *