Usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, sekali lagi didakwa membuat kejutan seolah-oleh berniat mahu menukar agama melalui sebuah video.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tarikh video itu dimuat naik sama ada ia video baharu atau lama.

Terdahulu, video berdurasi 1 minit 48 saat tular di media sosial memaparkan luahannya yang seakan-akan mahu menukar agama selepas mendakwa kecewa dengan orang di sekeliling termasuk dengan apa yang berlaku kepadanya.

“Lepas JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) keluarkan statement (kenyataan), saya sudah malas nak fikir.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Saya sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak saya, saya dah tak nak jadi orang Islam.

“Saya keluar daripada agama Islam, itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam,” ujarnya melalui video berkenaan.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *