Kuala Lumpur: Kemunculan Datin Seri Rosmah Mansor pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di Menara Dato’ Onn, di sini sebentar tadi menimbulkan persoalan pengamal media.

Beliau yang tiba sekitar 8 malam, diiringi seorang wanita, yang dipercayai pegawainya.

Ketika pengamal media mendekatinya termasuk mahu mengambil gambar, Rosmah meminta media supaya tidak berbuat demikian.

Pegawai Rosmah turut menegur jurugambar supaya tidak mengambil gambar isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.

“No picture, no picture (jangan ambil gambar),” katanya.

Difahamkan, kehadiran Rosmah mungkin bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mempengerusikan mesyuarat MKT, malam ini.

Terdahulu, Ahli MKT Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, mesyuarat itu akan membincangkan beberapa isu antaranya syor supaya MKT Umno kekal berperanan sebagai semak dan imbang kepada kerajaan.

  • HM

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *