Polis menggesa dan menasihatkan masyarakat, agar tidak mengambil tindakan sendiri dan mengeruhkan keadaan susulan kejadian dua pengawal peribadi yang mendakwa dipukul oleh majikan kerana berpuasa, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, polis turut mengesan kenyataan-kenyataan berbaur ugutan di sebalik beberapa petikan video untuk mengisytiharkan ‘perang’ dan mengepung kawasan Klang

Arjunaidi berkata, kenyataan seumpama itu boleh mengeruhkan keadaan serta menjejaskan ketenteraman awam.

“Polis Kontinjen Selangor mengesan beberapa keratan video yang dimuat naik di pelbagai platform media sosial yang menggesa supaya tindakan setimpal diambil terhadap suspek yang memukul dua orang pengawal peribadi kerana berpuasa.

Mengulas lanjut Arjunaidi berkata, mereka yang bertanggungjawab boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian atau menyebarkan sesuatu berita daripada sumber yang tidak sahih.

Beliau turut memaklumkan, setakat ini, lima individu ditahan menerusi beberapa siri tangkapan.

Empat daripada mereka katanya, ditahan di Klang Selatan sementara seorang lagi ditahan di sekitar Dang Wangi, di sini.Kesemua mereka ditahan reman antara lima dan tujuh hari.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.