Menarik juga melihat pesta kata-mengata dan bodoh-membodoh yang berlaku dalam kalangan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO sehari dua ini.

Semalam, Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman, Pengarah Pilihan Raya UMNO, yang membodohkan Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim, Pengerusi UMNO Perlis, dengan berkata: “Yalah, Ahli-Ahli Parlimen tu diorang apa partinya? Jadi ahli parti mana? UMNO BN-lah. Apa bodoh sangat Shahidan tu?” kata Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman, pengarah pilihan raya Umno.

(Baca di sini: )

https://www.malaysiakini.com/news/569257

Kali ini giliran Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim pula membodohkan Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman dengan berkata: “Yang paling bodoh ini Tajuddinlah kerana dia pernah buat gerakan ambil tandatangan Ketua Bahagian untuk jatuhkan Presiden (Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).

Dia kumpul tandatangan bermula tahun lepas sebelum dilantik jadi Pengarah Pilihan Raya. Lebih 80 bahagian tandatangan dia kumpul untuk jatuhkan presiden.”

Menariknya, dakwaan Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim ini disokong oleh seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dipetik sebagai berkata: “Dia (Tajuddin) panggil ketua-ketua bahagian, kumpul di rumah dia (sebelum PRN Sabah) untuk tandatangan SD (akuan berkanun untuk menolak Zahid).”

https://www.malaysiakini.com/news/569361

Apakah dengan pemaparan imej begini akan membuatkan UMNO diyakini oleh rakyat?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4185466901497336&id=100001022016761&sfnsn=mo

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *