JAKARTA – Seorang gadis dari Jakarta mencuri tumpuan warga maya kerana mempunyai misai dan janggut.

Menggunakan akaun @mmsvante di aplikasi TikTok yang tular di laman sosial, Nisya Fadhilah, 18, memberitahu, kejadian aneh itu berlaku selepas meningkat dewasa, lapor Detiknews.

“Saya pergi ke doktor untuk lakukan pemeriksaan mengapa ia berlaku tetapi doktor mengatakan ia disebabkan oleh hormon dan sejak kecil saya memang bulu roma lebat,” kata Nisya.

Nisya mengatakan bahawa dia mempunyai lebihan hormon androgen yang merupakan hormon lelaki.

“Sebilangan besar hormon adalah androgen dan ia adalah hormon lelaki. Ia membuatkan diri saya mempunyai misai dan janggut,” katanya.

“Sebilangan besar hormon adalah androgen dan ia adalah hormon lelaki. Ia membuatkan diri saya mempunyai misai dan janggut,” katanya.

Meskipun penampilan seperti lelaki, sehingga kini banyak komen positif yang memujinya kerana memiliki wajah yang cantik dan tampan.

“Alhamdulillah, saya menjadi inspirasi kepada orang untuk mencintai diri sendiri dan saya bangga dengannya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.