Bekas personaliti popular TV3, Zalina Shaharah Azman atau dikenali sebagai Zalina Azman dilaporkan hilang.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam memaklumkan menerusi Facebook rasminya, mengenai kehilangan seorang individu yang tidak dapat dijejaki dalam satu hebahan semalam.

Malahan, Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi turut memuat naik hebahan orang hilang itu di Instagramnya, yang meminta orang ramai membantu mencari sahabatnya dengan #zalinaazmantv3.

Berdasarkan hebahan tersebut, individu hilang itu merupakan seorang wanita berbangsa Melayu bernama Zalina Shaharah Azman berumur 58 tahun.

Difahamkan, alamat kediamannya seperti yang tertera dalam hebahan tersebut ialah No. 2, Jalan Ketiau 3/10, Seksyen 3, Shah Alam.

Selain itu, ciri-ciri fizikal yang dimilikinya ialah berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus.

Sehubungan itu, IPD Shah Alam memohon orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkan info berkenaan kepada pegawai penyiasat kes, Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

Dalam rekod, Zalina Azman merupakan bekas pembaca berita dan pengacara beberapa rancangan TV3 popular sekitar tahun 90-an dan awal 2000. – MP

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.