Rakaman audio dengan suara mirip Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dipercayai sedang memberi taklimat kepada pemimpin parti tentang kerjasama bersama musuh politiknya dalam Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerjasama tular hari Ini.

Audio yang telah diedit bersama format gambar dalam beberapa kumpulan perbincangan politik tular menerusi aplikasi Whatsapp dan YouTube dipercayai disebarkan oleh pihak tertentu yang ingin menjatuhkan kepimpinan Presiden UMNO tersebut.

Difahamkan audio itu dipercayai sebuah rakaman asli sebahagian daripada perbincangan mesyuarat MKT UMNO di Janda Baik, bulan lalu.

Rakaman berdurasi kira-kira satu setengah minit itu, seperti di dalam satu perbincangan di mana suara yang mirip kepada presiden Umno dipercayai merujuk kepada perbualannya dengan ahli Parlimen Teluk Intan dan timbalan setiausaha agung DAP Nga Kor Ming.

“Saya bagitahu Nga Kor Ming, empat perkata dalam Perlembagaan mesti you ikut. Satu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dia buat kenyataan media,” kata suara itu.

Rakaman itu kemudian merujuk kepada pemimpin DAP lain iaitu Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke yang turut mengeluarkan kenyataan media untuk menyatakan kesetiaan terhadap empat peruntukan Perlembagaan tersebut.

Suara lelaki itu kemudian merujuk mengenai perpaduan yang jarang berlaku antara ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan PH di Perak bagi menjatuhkan bekas menteri besar, Ahmad Faizal Azumu dari Bersatu Disember lalu.

Suara mirip Zahid itu juga berkata Umno dapat membentuk pakatan dengan Anwar Ibrahim, yang memimpin pakatan tiga parti yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.

“Dia dua kali masuk penjara. Katakanlah dari segi tindakannya bersih, hubungannya dengan Alla Ta’ala kita tak tahu, saya tidak pernah tengok,” kata suara lelaki dalam rakaman itu lagi.

Apa-apapun admin harap pihak Zahid dapat tampil untuk memberi pencerahan demi menjelaskan segala yang dilontarkan.

Isu audio ni dah macam berjangkit pulak sekarang kan.. macam trend jatuh menjatuh gunakan AUDIO

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *