PRU ini dipaksa diadakan oleh Zahid kerana panik dengan keputusan kes salahguna duit Yayasan Akal Budi yang akan berlaku hujung November. Zahid ingin gunakan PRU ini untuk lepaskan diri.

Zahid tak kisah menang atau kalah kerana sasarannya ialah jika tak cukup kerusi gabung kerusi Bn dan kerusi Ph. Jajaran Baru.. cikgu dan anak murid bakal dilaksana.

Kerana itu hanya calon pilihanraya yang boleh jadi lembu dicucuk hidung sahaja dipilih Zahid. Pendedahan terbaru mengenai aku janji calon calon jelas membuktikan.

Umno tentu jawab ia palsu.. tapi pendedahan sebuah fB Page yang berpengaruh tidak mampu disangkal. Jelas ia diambil oleh orang yang berada dalam bilik aku janji itu dibuat bersama Zahid.

Bermula dengan gambar Zahid menerima aku janji tersebar … Kemudian jelas tersebar pula gambar aku janji itu sendiri di atas meja sama dan tertangkap sekali tisu WTC… Sama ada tukang rakam sendiri sebar atau ia disebar oleh pihak lain yang dapat gambar ini dari whats app group dalaman.

Zahid akan nafi itu pasti sama macam dia nafi tandatangan surat ke istana sokong Anwar PM yang akhirnya terbukti betul dimana salinan surat itu diserahkan sendiri oleh pihak Istana Negara kepada TSMY, PM ketika itu .

Sama seperti Zahid nari rakaman perbualan telefon bersama Anwar yang tersebar yang kemudian terbukti benar.

Sama juga kali ini, dia akan nafi termasuk bersumpah dengan nama Allah sekali pun. Kalau betul fitnah Zahid sendiri sila buat laporan polis, kalau ia akujanji palsu sila tunjuk aku janji yang tidak palsu..

Kepada semua yakinlah.. ini pRU jajaran baru untuk lepaskan kleptokrat dan perasuah dari hukuman. Undi Bn dapat Ph dan Undi Ph akan dapat Bn…

Zahid telah nyatakan berkali kali tolak runding dengan Pas dan Pn lepas PRU tetapi Zahid tidak pernah sebut tolak PKR, Anwar atau PH… Setiausaha agong DAP awal lagi siapkan minda penyokong dimana DAP tidak tolak kerjasama dengan Umno….

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *