Nyata sekali Anwar sedang menggunakan media untuk menarik perhatian kepada dirinya agar beliau masih kelihatan relevan walaupun ditolak oleh ramai ahli parlimen dari blok pembangkang dan hampir semua dari blok kerajaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan media sebagai ‘alat’ untuk menimbulkan persepsi dan menarik perhatian umum kepada dirinya.

Anwar beri gambaran bersungguh-sungguh selama lebih seminggu seakan-akan UMNO begitu positif untuk berkerjasama dengan PKR.

Namun beliau sendiri buat sidang media menafikan perbincangan yang konon-kononnya wujud.

“Tidak ramai tahu, Anwar menghadapi tekanan dari dalam PKR untuk hentikan bicaranya berkenaan kerjasama PKR dengan UMNO.

“DAP dan AMANAH turut tidak bersamanya 100 peratus malah ada sekumpulan ahli parlimen yang bengang isu ini dimain-mainkan.

“Anwar sebenarnya berada dalam keadaan kritikal sejak sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah lagi.

“Ini terbukti apabila beliau gagal mendapatkan Surat Akuan Bersumpah dari semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan sebelum membuat sidang media bagi mengumumkan sokongan majoriti terhadapnya.

“Malah, ada beberapa sumber dari dalam PKR yang mendakwa Anwar tidak berjaya mengumpulkan walaupun 60 Akuan Bersumpah tetapi meneruskan juga sidang medianya dengan harapan dapat mengelirukan ahli parlimen.

“Kesimpulannya, Anwar tidak disokong oleh semua dalam Pakatan Harapan.

“Begitu juga keadaanya dengan Zahid dan Najib yang hanya disokong lima ahli parlimen dari UMNO dan kurang dari 15 peratus pemimpin bahagian.

“Justeru, apabila “kluster Anwar” berjumpa dengan “kluster mahkamah” atau wakil-wakil Zahid dan Najib, mereka berbicara atas kapasiti peribadi dan tidak mewakili kehendak majoriti dalam Barisan Nasional atau Pakatan Harapan.”

RJ RITHAUDEEN

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published.