Umum mengetahui program realiti berunsur keagamaan iaitu Dai Pendakwah Nusantara antara yang popular dan program tersebut sudah pun bersiaran selama enam musim di TV3.

Bagaimanapun, memetik laporan MalaysiaKini, stesen penyiaran TV3 berkata pihak mereka tidak bercadang untuk menerbitkan semula program itu dalam masa terdekat selepas tiga tahun melabuhkan tirainya.

Menurut TV3 lagi, pihak mereka sudah tidak menerbitkan sebarang bentuk program baru seperti itu.

“Tiada perancangan untuk menerbitkan Dai Pendakwah Nusantara dalam masa terdekat selepas musim terakhir program tersebut berakhir pada tahun 2017,” katanya.

Sejak kebelakangan ini ada sahaja kontroversi terpalit bekas pesertanya. Terbaru seorang bekas bekas pesertanya dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan merogol, mencabul dan melakukan hubungan seks luar tabii.

Sebelum ini pula hangat diperkatakan mengenai seorang lagi bekas peserta iaitu Da’i Farhan dengan isu rumah tangga dan penceraian.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.