STADIUM Shah Alam, Selangor pernah menjadi lambang kemegahan pasukan bola sepak Gergasi Merah apabila diangkat menjadi stadium terbesar di Asia Tenggara sedikit masa lalu.

Namun, fasiliti itu kini semakin tidak terurus dan dimamah usia dengan keadaan cat dan tempat duduk penyokong yang semakin uzur serta terdapat kebocoran bumbung.

Berikutan itu, Ketua pegawai eksekutif (CEO) Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), Norita Mohd. Sidek pada Jumaat mengumumkan bahawa Stadium Shah Alam sah akan dirobohkan.

Stadium itu bakal digantikan dengan stadium baharu yang dijangka siap menjelang 2026.

Stadium Shah Alam pernah mencapai zaman kegemilangannya apabila digunakan untuk kejohanan-kejohanan berprestij tanah air sekali gus menyimpab seribu memori bersama sesiapa sahaja yang pernah menjejakkan kaki ke stadium tersebut.

Berikut Majoriti mengimbau semula detik-detik foto yang pernah dikongsi pencinta bola sepak tanah air bersama stadium tersebut.

1.

Penyokong setia Malaysia (dari kiri) Engku Ahmad Engku Omar dan isteri Shila Rasit, serta anak-anak mereka, Engku Adam Engku Ahmad dan Engku Iman Engku Ahmad (kiri, depan) menunjukkan tiket yang dibeli selepas beratur panjang di Stadium Shah Alam pada Piala AFF Suzuki 2014. — Bernama

2.

Sebahagian penyokong pasukan Kedah yang sejak awal lagi telah berada di Stadium Shah Alam bagi memberi sokongan kepada pasukan mereka yang akan menentang Pahang untuk merangkul Piala FA pada 20 Mei 2017. — Foto Astro AWANI/Selan & Alia

3.

Selangor muncul juara Piala Malaysia 2015 selepas menewaskan Kedah dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam. Astro AWANI/ Shahir Omar

4.

Pemain sayap, Hazwan Bakri dijulang sebagai wira skuad Red Giants apabila menjaringkan kedua-dua gol buat pasukannya ketika muncul juara Piala Malaysia

2015. Astro AWANI/Shahir Omar

5.

Kedua-dua peminat pasukan Selangor dan Kedah dipisahkan tempat duduk mereka untuk menjaga keselamatan ketika final Piala Malaysia 2015.  Astro AWANI/ Shahir Omar

6.

Penyokong pasukan Selangor dan Kedah seperti berpesta meraikan kejayaan pasukan masing-masing ke final Piala Malaysia 2015. — Foto Astro AWANI/ Shahir Omar

7.

8

Pasukan Kedah meraikan kemenangan setelah menewaskan pasukan Pahang dengan jaringan 3-2 pada pusingan akhir Piala FA 2017 di Stadium Shah Alam. — Bernama

8.

JUARA.. Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan Kedah dengan jaringan 2-0 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam. — Foto Astro AWANI/ Shahir Omar

9.

stadiumshahalam

Stadium Shah Alam pernah ditenggelami banjir pada 2021. — Foto ihsan pembaca

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *