PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas selepas melanggar lopak dan terjatuh di Jalan PJU 7/2 di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 tengah hari ketika mangsa melalui lokasi kejadian.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa sedang dalam perjalanan melalui Jalan PJU 7/2 Mutiara Damansara menghampiri lampu isyarat simpang tiga berhampiran lokasi.
“Motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan apabila terlanggar lubang di bahu jalan dan terbabas di lorong kiri jalan,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Admin turut rasa berdukacita atas kejadian yang meragut nyawa akibat jalan berlubang ini. Sampai bila rakyat nak hadap kejadian yang masih tiada penghujungnya ini.
Ingat!!! Rakyat memerhati!!!!