Dewan Pemuda Pas menjelaskan sekiranya filem yang ditayangkan di pawagam mempunyai barisan pelakon menutup aurat serta jalan cerita tersebut tidak menjurus kepada maksiat ia tidak dianggap haram.

Sayap parti Pas itu menjawab kritikan mengenai pengharaman pawagam di Kelantan dan pemisahan penonton wayang berdasarkan jantina di Terengganu.

“Kita tak setuju buka panggung wayang dibuka dekat Kelantan, selagi panggung wayang tu tak selesaikan bab-bab yang kita sebut tadi, bab yang bawa kepada haram tengok wayang.

“Kalau panggung wayang tu boleh asingkan tempat duduk lelaki perempuan dan keluarga, boleh set tiada tayangan semasa waktu solat, boleh pastikan cerita yang ditayang betul-betul patuh syariah, tak ada masalah. Kita pun setuju.

“Tengok Terengganu. Ada  panggung wayang. Dekat sana semua panggung wayang diasingkan tempat duduk lelaki,  perempuan dan keluarga. Dekat sana tiada cerita ditayangkan semasa waktu solat, ada Pemuda Pas bantah? Kita raikan lagi,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Sebelum itu, parti berkenaan dikritik kerana mengajak orang ramai menonton filem sejarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Terdahulu, Ketua Pemuda Amanah Kelantan Hazmi Hassan, menempelak Pas kerana tidak tetap pendirian selepas mengajak orang ramai ke panggung wayang untuk menonton filem terbaharu garapan pengarah terkenal Syamsul Yusof.

Ini kerana menurut Hazmi, Pas seperti keliru dan hilang punca kerana mereka dulu mengharamkan pembukaan pawagam di Kelantan.

Sementara ity, Pemuda Pas dalam kenyataannya sama menjelaskan mereka membeli 20 tiket khusus penonton lelaki untuk menyaksikan tayangan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di pawagam di Kuala Lumpur.

“Oh habis tu masa tengok cerita Mat Kilau dekat KL, tak ada campur lelaki perempuan ke? Kami beli 20 seat bang. Semua lelaki. Tak ada siapa duduk sebelah perempuan. Abang pun, tanya lah dulu sebelum kecam,” kata Pemuda Pas.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.