Rakyat semakin penat dengan karenah ahli politik yang mengabaikan nasib mereka kerana lebih berpolitik. Rakyat kini menganggap ahli-ahli politik sebagai tamak dan hanya mementingkan diri sendiri.

Gelagat orang politik yang masih kecelaruan minda untuk berkuasa menyebabkan rakyat muak, marah dan tidak percaya kepada wakil rakyat sedia ada.

Baru-baru ini, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah turut mengingatkan umat Islam supaya tidak menyerahkan amanah atau tanggungjawab kepada golongan yang bermoral rendah, terpalit rasuah, salah guna kuasa, tidak amanah dan tidak ikhlas.

Secara rasionalnya dalam keadaan pandemik Covid-19 sehingga menjejaskan tahap kesihatan awam yang sangat teruk, adalah tidak masuk akal pihak tertentu terutama di bawah bumbung kerajaan PN serta Muafakat Nasional yang menampakkan kerakusan untuk berkuasa semula.

Selain daripada itu, sikap populis Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mahu namanya disebut dipersada politik dengan mencipta pelbagai krisis hanya menambahkan lagi rasa muak dan tidak percaya rakyat terhadap beliau.

Pada saat kritikal ini, rakyat negara ini memerlukan pemimpin yang bersifat ‘bertindak’ dan bukannya suka menabur janji manis.

Adakah kita masih mahu memperjudikan masa hadapan negara di tangan elit politik yang sentiasa rakus merangka percaturan kuasa? 

Tepuk dada tepuk kepala!!

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *