EXCO PEMUDA UMNO PADAM POSTING SAKAT PRESIDEN PAS SETELAH DITEGUR

Ahli EXCO Pemuda UMNO, Datuk Shahrul Nasrun Kamaruddin, terus sahaja memadamkan posting yang menyakat Presiden PAS pagi ini setelah ditegur oleh pimpinan Pemuda PAS, termasuk:

(1) Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang menulis: “Bro. Tok Guru tidak dapat travel jauh atas faktor kesihatan. Awak tu pemimpin pemuda. Pimpinlah anak buah supaya jadi elok, bukan jadi batu api.”

(2) Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Nadzir Helmi Azhar, yang menulis: “Dia kata saja nak menyakat TG Ayoh Chik. Dalam keadaan kesihatan yang terbatas. Inilah dia Exco Pemuda UMNO, yang suka menyulitkan keadaan. Punca pecah belah. Inilah dia.”

(3) Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hanafi Zulkapli, yang menulis: “Bukan begini cara nak popular wahai anak muda.. Saya dan sahabat-sahabat ada sahaja disebelah anda. Sebab itu jangan sesekali merobek usaha murni sahabat-sahabat dalam berkawan. Menyindir Tuan Guru Presiden kami, bukan seperti mana yang saya kenal kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Selangor. Mereka cukup tinggi akhlaknya. Jaga-jaga sikit.”

Begitulah adat berkawan, kena hormat-menghormati antara satu sama lain.

Tahniah kepada semua, bukan susah pun nak selesaikan masalah begini.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *