Akar umbi UMNO pening kepala

Begitu yang boleh digambarkan dalam Umno ketika ini apabila pemimpin parti itu sibuk menyerang sesama sendiri, khususnya selepas kembali mendapat ‘sedikit kuasa’ di Putrajaya.

Panglima-panglima Umno lain juga nampaknya semacam berada dalam dunia masing-masing tanpa mempedulikan resah-gelisah ahli-ahli yang semakin keliru dengan apa yang sedang dan bakal berlaku.

Namun, menghalakan serangan sesama sendiri dalam parti, adalah satu perkara yang amat merugikan di kala Umno sedang bangkit ketika ini.

Terbaru, Setiausaha Agung BN, Annuar Musa menjadi sasaran serangan dari dalam parti selepas dia bersuara mempertahankan kerjasama yang terbentuk antara parti itu dengan PAS dan Bersatu.

Mana tidaknya, bagaimana pemimpin akar umbi mahu menerangkan kepada rakyat apa nasib yang bakal terjadi kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah dan kesannya ke atas parti itu menjelang PRU15 yang menjadi penentu hidup atau matinya parti keramat itu.

Akar umbi Umno pasti pening kepala kerana setelah puluhan tahun bergasak melawan Anwar Ibrahim, kini ahli-ahli Umno dihidangkan dengan cadangan untuk memeluk Anwar dalam satu kerajaan.

Tatkala Umno mendesak PRU15 segera diadakan diwaktu rakyat berdepan dengan pandemik, pagi tadi Perdana Menteri dengan izin YDPA telahpun mengisytiharkan darurat Covid19 sehinga 1 Ogos 2021.

Maka benarlah kata-kata yang pernah Mat Sabu bagitahu dahulu, walaupun kata-kata beliau diketawakan oleh ramai orang.

Sekian

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *